loading...

'Penjualnya paksa orang beli sehingga berani mengambil purse dan duit pelanggan masuk dalam poket' - Pengadu

Memaksa dan mengambil duit pelanggan secara paksa adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Namun dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, Muhd Syazwan mendedahkan ada penjual krim putih yang telah memaksa pelanggannya membeli produk mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.  


Berikut aduan beliau:

Assalamualaikum warga Facebook sekalian. Di sini saya nak berkongsi sedikit cerita yang saya rasa ramai juga yang pernah terkena. Tetapi sebelum itu, saya kongsikan cerita ini bukan niat nak menjatuhkan perniagaan orang, tetapi untuk mendapat hak kita sebagai pembeli dan pengguna. 

Rasanya ramai yang pernah terkena dan dipaksa oleh penjual krim yang katanya bila pakai, boleh memutihkan kulit. Cara mereka nak suruh pelanggan beli adalah menggunakan cara yang sama dengan menghulur risalah. Bila pelanggan ambil saja, mereka terus tarik tangan pelanggan dan dicalit sedikit krim.

Selepas itu, mereka akan paksa pelanggan sehabis boleh sehingga pelanggan terpaksa membeli produk mereka. 
Dan yang paling teruk berlaku adalah hari ini dalam kejadian yang berlaku di Aeon Rawang, Selangor. Di mana penjual krim putih itu memaksa pelanggan membeli. Bila pelanggan enggan dan menolak, penjual terbabit mengambil purse pelanggan itu dan mengambil duitnya lalu dimasukkan ke dalam poket. 

Jadi saya nak tanya, boleh ke mereka berbuat begitu? Di mana hak kita untuk memilih antara mahu membeli atau tidak mahu membeli? 

Dalam kes yang lain pula, penjualnya memaksa seorang budak membeli krim tersebut. Mungkin selepas dah bayar, budak itu mengadu pada keluarganya sehingga berlaku satu pergaduhan untuk meminta semula wangnya.

Masalahnya di sini, banyak tempat mereka menjual produk krim tersebut. Kalau pelanggan yang pernah terkena memang tidak akan mengambil risalah mereka. Yang tak tahu pula. bodoh-bodoh saja kena paksa beli. 

Jadi, apa reaksi anda sebagai pengguna mengenai hal ini? 

Gambar di atas, warna unggu mewakili penjual, manakala yang merah pula adalah pelanggan. 

Sumber: Muhd Syazwan
Previous
Next Post »
loading...