Ini Sofea, anak saya yang berusia hampir tiga tahun. Gambar ini diambil ketika dia meminta maaf kepada saya setelah melakukan kesalahan.
Dah nama budak, ada tantrum, ada geram, ada perasaan, ada sayang. Bukan kita saja nak meluahkan persaan, budak pun berhak meluahkan perasaan melalui amarah, mengamuk, menangis dan menjerit.
Samalah seperti saya, seorang ibu yang tidak pernah terlepas membuat dosa. Ada masa stress dan rasa nak mengamuk saja dengan kerja-kerja yang menimbun.
Bila termarah anak, perkara pertama ialah tenangkan hati diri sendiri dulu. Istighfar, duduk dan fikirkan sejenak anak syurgaku adalah amanah Allah. Selepas itu barulah saya akan meminta maaf pada anak-anak. Maaf dengan bersungguh-sungguh bukan hanya sekadar maaf kosong.
"Mommy minta maaf ya Sofea. Sorry mommy marahkan Sofea tadi sebab Sofea not listen to mommy. Tak baik baling toys. Allah give you hands for you to make doa, for you to eat, to hug mommy. Sorry ya Sofea," kata saya pada Sofea.
Sofea secara automatiknya menjawab,
"Sorry mommy," katanya sambil salam dan kami berpelukan antara satu sama lain.
Bila marah anak-anak, jangan hanya marah tanpa nasihat. Selitkan marah itu dengan kata-kata positif. Ingatkan Allah yang beri tangan, kaki dan mulut. Ingatkan Allah sayang orang-orang yang baik dan mendengar kata. Allah suka orang yang soleh dan solehah. Ingat kata-kata ibu adalah doa, doa untuk anak.
Dan ajarlah anak anda untuk meminta maaf. Untuk Sofea saya sorry tanpa disuruh, makan masa. Apa yang saya buat, setiap kali dia buat salah saja, straight away saya akan jelaskan apa kesalahan dia dan meminta dia meminta maaf.
Ulang lagi dan lagi tanpa jemu, sampai suatu hari itu belum sempat saya nak marah, Sofea terus ambil tangan mommy, salam dan say sorry.
Saya peluk erat Sofea dan berkata "mudah untuk meminta maaf kan?" Tak apa sayang, manusia buat kesilapan, begitu juga dengan mommy. Mommy minta maaf juga,".
Cair. Sungguh cair bila anak kita yang cakap sorry dulu. Cubalah ajar anak meminta maaf, confirm kita tidak akan jadi nak marah mereka. Proses ini memerlukan kerjasama dengan suami. Contohnya bila Sofea buat daddy marah, saya akan pergi pada Sofea dan cakap, "tak baik buat daddy macam itu. Kasihan daddy. Can you please say sorry to him?".
Daddy nak marah pun tak jadi marah. InshaAllah.
Sebelum tidur pun amalkan minta maaf dengan anak. Bila kita ringan mulut untuk meminta maaf, inshaAllah akan turut sama berbuat demikian.
Sorry Sofea, mommy loves you.