loading...

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada perkembangan dan kecergasan anak-anak. Jadi ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan makanan yang segar, sihat serta penuh dengan nutrisi untuk anak-anak.

Namun pemilihan makanan juga haruslah tepat. Jadikan resipi ini sebagai panduan untuk mama papa dalam menyediakan sajian buat si manja. Menu yang dikongsi ini bermula dari 7 hingga 12 bulan untuk anak anda.

MENU 7 – 9 BULAN

KENTANG LENYEK MADU 

BAHAN-BAHAN:

2 biji kentang

2 sudu makan madu

Sedikit garam

Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Basuh kentang bersih dan toskan.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam dan biarkan hingga lembut.
  3. Apabila lembut, angkat dan lenyekkan bersama sedikit madu.
  4. Lenyekkan hingga halus dan hidangkan.

Info: Jika mahu, anda boleh juga mencampurkan sedikit madu ketika hendak diberikan kepada si kecil anda.

BUBUR JAGUNG PULUT

BAHAN-BAHAN:

150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)

100gm isi jagung manis

100gm isi jagung pulut

150ml santan

Air untuk mereneh secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
  2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
  3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut kemanisan dikehendaki.
  4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.

Info: Rasa lemak santan dan manis gula dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.

BUBUR AYAM BROKOLI

BAHAN-BAHAN:

150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)

5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil

100gm brokoli   |dipotong kecil

2 ulas bawang putih |dicincang

Air untuk mereneh secukupnya

Minyak masak untuk menumis

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
  3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
  4. Perasakan secukupnya dengan garam dan tambahkan air jika perlu.

Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan

BUBUR GANDUM SAYURAN 

BAHAN-BAHAN:

200gm gandum

1 biji bawang merah |dicincang halus

1 ulas bawang putih |dicincang halus

50gm lobak merah |dihiris memanjang

2 helai daun bawang |dihiris

1 sudu makan sos tiram

300ml air

Stok ayam

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
  5. Setelah kesemuanya sebati, perasakan dengan garam secukup rasa dan hidangkan bersama hirisan daun bawang.

Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.

MENU 9 – 12 BULAN

SUP AYAM DAN NASI PUTIH

BAHAN-BAHAN:

200gram isi ayam |potong dadu

Lobak merah |potong bulat

½ biji bawang besar

2 ulas bawang putih

½ inci Halia

1 sudu kecil jintan putih

1 sudu kecil serbuk ketumbar

Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai

Garam dan gula secukup rasa

1 cawan air

1 mangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:

  1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
  2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
  3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
  4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
  5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.

SECRET FRENCH BAGUETTE

BAHAN-BAHAN:

1 buku roti french baguette

3 biji telur

4 biji bawang putih |di cincang halus

1 sudu makan mayones

Sedikit mentega

Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus

Sedikit garam dan lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
  2. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing.
  3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones, garam dan lada hitam. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
  5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.

Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.

STIK KEJU

BAHAN-BAHAN:

Pastri segera

3 sudu keju parmesan

3 sudu keju cheddar

Sebiji telur-dipukul

Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Sapukan mentega di sekeliling pastri segera.
  2. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi. Untuk perasa, letak sedikit lada hitam dan garam.
  3. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
  4. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
  5. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
  6. Taburkan juga lebihan keju.
  7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.

Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.

LEMPENG MADU 

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

250ml air

Sedikit garam

Secubit jintan hitam |habbatus sauda

Sedikit minyak zaitun

Madu secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya, garam dan juga sedikit jintan hitam.
  2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
  3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
  4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
  5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu di atasnya.

Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...