loading...

Arwah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap

JOHOR BAHRU, JOHOR - Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia petang kelmarin selepas dibuli beberapa rakannya.

1

Lapor Harian Metro, mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga memiliki kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki, akibat ditekap dengan seterika wap.

Menurut rakannya yang tidak ingin dikenali,  dalam kejadian 21 Mei lalu mangsa telah dituduh mencuri komputer riba. Mangsa kemudian dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah. Selain itu, mangsa dipaksa untuk mengaku mencuri komputer riba.

"Selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah 27 Mei di mana keadaannya semakin parah. Dia mengadu sakit badan (selepas dibelasah dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mencuri laptop. Sedangkan bukan dia yang melakukannya.

"Lukanya semakin parah dan dia dibawa oleh dua penuntut ke klinik pada 27 Mei dan kemudian ke klinik semula pada 31 Mei sebelum dirujuk ke hospital dan meninggal dunia padam alam tadi (kelmarin)," katanya.

Menurut rakannya itu, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku pada mangsa yang merupakan seorang periang dan mudah bergaul.

Bapa mangsa, Zulkarnain Idrus, 53, berkata, dua hari sebelum Ramadhan, anaknya ada mengadu kepada ibunya, Hawa Osman,  bahawa dia telah dibelasah oleh rakan-rakan universiti. Namun mereka menyangka ia tidak serius.

Sementera itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan pihaknya menjalankan siasatan dan menjamin tiada sesiapa yang akan terlepas dari tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Susulan kes itu, seramai 36 individu berusia di antara 20 hingga 21 tahun (32 penuntut UPNM dan 4 penuntut UNITEN) direman selama seminggu bermula semalam untuk disoal siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, jam 9.30 malam semalam
Previous
Next Post »
loading...