Kredit foto: wn.com
Sebelum ini kecoh apabila Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta mengamuk di laman Instagramnya.
Ini berikutan seorang penyanyi baru yang menggelarkan dirinya sebagai Della Dellon didakwa Che Ta telah buat hal dengan 'isteri orang'. Sungguhpun begitu, Che Ta tidak menyentuh siapakah yang dimaksudkan dengan status 'isteri orang' tersebut.
Namun akhirnya isteri kepada pelakon Zain Saidin itu tampil menjawab teka-teki yang bersarang di minda netizen.
Menurut Che Ta, amukan tersebut ditujukan kepada penyanyi wanita tersebut kerana telah mengganggu rumah tangga isteri kepada saudaranya.
Meskipun Che Ta telah mengumpan Della dengan pelbagai cara agar menghentikan perlakuan buruknya, namun Della masih berdegil sehingga ke satu tahap Che Ta terpaksa memalukannya di laman sosial.
Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta
Sumber: BH Online
Tambah Che Ta lagi, apa yang membuatkannya lebih kesal apabila Della masih meneruskan perbuatannya terkutuknya itu. Malah apabila ditanya media, wanita itu berbohong dan enggan mengakui dakwaan beliau. Namun Che Ta tidak gusar kerana dia mempunyai kesemua bukti gangguan Della.
Kredit foto: hangat.com