loading...

Lebih Separuh Badan Bayi Comel Ini Melecur Terkena Air Rebusan Ketupat


PETALING JAYA: Gara-gara air rebusan ketupat, seorang bayi lelaki melecur lebih separuh tubuh badan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Muhammad Aniq Mohd Sharudin, 10 bulan, sedang bermain di dalam kerusi jalan bayi (walker) sebelum mencapai periuk rebusan ketupat, menyebabkan air rebusan tertumpah ke badannya.

Kejadian sehari sebelum Aidilfitri itu berlaku di rumahnya di Ayer Keroh, Melaka.

Bagaimanapun, bayi itu kini dilaporkan stabil tetapi masih tidak sedarkan diri kerana berada di bawah pengaruh ubat.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron turut melawat bayi ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, pada Jumaat.

“Kemalangan ini tidak dijangka dan diharap dia dapat sembuh dalam masa terdekat," katanya.
Idris turut mengingatkan ibu bapa sentiasa memberi perhatian penuh kepada anak.

Previous
Next Post »
loading...