loading...

(TAKZIAH) Raja Farah Keguguran

Salam takziah Abang Nara ucapkan kepada Raja Farah atas berita sedih ini. Di kala umat Islam sedang bergembira mahu menyambut kehadiran Syawal, Raja Farah telah pun disahkan keguguran. Untuk makluman, peristiwa sedih ini berlaku ketika usia kandungan Raja Farah adalah sekitar 2 bulan. 

Image result for raja farah

Menurut Raja Farah, kejadian berkenaan berlaku selepas waktu berbuka malam semalam, ketika dirinya sedang berniaga di sebuah karnival di Kuala Selangor. Kata Raja Farah:-
Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti.
Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya.
Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan. Mujurlah ketika kejadian, saya ditemani ibu bapa dan anak sulung (Imran).

Semoga Raja Farah dan suami tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sumber Berita Harian.
Previous
Next Post »
loading...