loading...

Anak Cedera, Ini Jawapan Jejai Kepada Fasha

anak cedera ini jawapan jejai kepada fasha 1

Kredit foto: blogammar.com 

Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan luahan perasaan kecewa aktres Fasha Sandha menerusi laman Instagramnya.

Dalam luahan tersebut, Fasha melahirkan rasa terkejut selepas mendapati terdapat kesan luka di sebelah mata salah seorang anaknya, Jemaima.

Difahamkan kecederaan tersebut berlaku ketika anak beliau berada di bawah jagaan bekas suami, Jejai.

Apa yang menarik perhatian ramai, selepas Fasha memuat naik berita buruk itu, ada di kalangan pengikutnya yang menganggap tindakan Fasha tersebut seakan mahu membesar-besarkan isu yang kecil untuk meraih perhatian netizen.

Enggan berdiam, Fasha sekali lagi tampil dengan kenyataan terkini yang dimuatkan di Instagram Stories.

Fasha dalam luahan tersebut mendedahkan perkembangan terkini kisah berkenaan. Menurut Fasha, bekas suaminya telahpun mengakui kecuaian beliau sehingga menyebabkan anak mereka cedera.

“Bekas suami aku pun mengaku kesilapan dia cuai, dia terlepas pandang ketika jaga anak-anak aku," tulisnya.

Fasha juga sempat menghentam semula netizen yang bermulut longkang ketana mengkritik tindakannya yang dikatakan ingin mencari publisti murahan.

Aktres berkenaan enggan urusannya dicampuri oleh pihak yang tidak berkenaan.

“Kau yang tiada ada kena mengena dalam isu aku, nak masuk campur apa hal? Jaga hal masing-masing.”

anak cedera ini jawapan jejai kepada fasha 2

anak cedera ini jawapan jejai kepada fasha 3

anak cedera ini jawapan jejai kepada fasha 4

Kredit foto: Beritamemey & Instagram Fasha Sandha 

Previous
Next Post »
loading...