loading...

Selalu lari bajet menjelang raya? Ini cara berjimat dan elakkan pembaziran

Setiap tahun, bila dah nak dekat Hari Raya, kebanyakan kita pasti teruja dengan segala jenis persiapan, maklumlah, setahun sekali bak kata orang. Sepatutnya bersedih sebab Ramadhan dah nak berlalu, begitulah apabila adat melebihi keutamaan agama. Renung-renungkan. Ok, dah habis berleter, jom kita tengok tips-tips mudah untuk berjimat menjelang Aidilfitri tak lama lagi. Semoga bermanfaat!

1. Baju raya sedondon

Lebih jimat kalau pakai pakaian yang siap dijahit. Beli baju kurung dan baju Melayu dengan warna yang sama, tak semestinya corak yang sama. Peniaga-peniaga biasanya akan beri harga special sempena raya, jadi pandai-pandailah kita tawar-menawar. Tawar sikit-sikit saja ya, jangan lebih-lebih peniaga pun nak raya jugak.

Kalau anda lebih gemar dengan tempahan baju di kedai jahit, lebih mudah beli kain dengan satu corak atau warna sahaja, lebih mudah dan jimat, pantas dan efisyen, dah macam motto badan beruniform pulak. Tetapi pastikan anda hantar kain untuk dijahit seawal mungkin kerana tukang jahit selalunya minggu pertama puasa dah 'tutup kedai'. Dan, pastikan kain baju raya anda semua tak sedondon dengan langsir rumah, boleh bayangkan?

img 20170615 wa0000 602

2. Tak perlu tukar langsir

Golongan hawa selalunya 'tewas' dengan godaan untuk menukar langsir baru bagi menghiasi rumah masing-masing pada Hari Raya nanti. Bukan salah mereka, salah premis-premis terkenal seperti Jakel tu sebab buat promosi dahsyat sangat. 

Apa salahnya anda ulang pakai langsir-langsir lama yang ada, baru pakai sekali dah simpan dalam stor. Touch up sikit bagi ada kelainan, tambah manik, tambah renda, tambah nasik jangan malu-malu. Inilah masanya nak uji kreativiti masing-masing, bagi suami kagum sikit, tahun depan baru boleh demand.

Jimat dapat, kasih sayang pun bertambah.

img 20170615 wa0004

3. Kuih raya home made

Bagi yang tak bekerja tu, bolehlah guna masa terluang buat kuih raya sendiri. Daripada bazir duit untuk 'kuih tunjuk-tunjuk' yang belum tentu sedap, masuk angin, kurang tepung dan yang sewaktu dengannya.

Kebanyakan kuih dijual pada harga RM20-RM25 dengan kuantiti lebih kurang 50 biji sebalang. Apa lagi kalau letak nama Kuih Raya Neelofa confirm laku keras. 

Kalau buat sendiri, kosnya lebih rendah, kualiti terjamin, boleh test rasa dulu (jangan rasa waktu siang).

Nak hidang kepada tetamu nanti pun tak risau makcik-makcik 'kepo' kutuk. 

img 20170615 wa0001

4. DIY untuk hias rumah

Jangan salah faham, bukan staff DIY datang hias rumah anda. Maknanya anda gunakan kreativiti anda untuk hias rumah dengan barang-barang yang sedia ada.

Jangka hayat perabot selalunya panjang, jadi tak perlu tukar setiap kali raya. Cukup sekadar beri sedikit sentuhan seperti menukar alas meja, mengecat dan ubah susun atur. 

Lain-lain hiasan, boleh gunakan teknologi di hujung jari. Google je idea-idea home deco. Mudah dan jimat kan?

img 20170615 wa0003

5. Jauhi mercun!

Yang ni 2 dalam 1. Elak bazir dan elak tragedi. Tak payah lah main mercun tu. Beli mahal-mahal lepas tu bakar, tak ke membazir namanya? Macam orang hisap rokok lah. Jangan marah ye.

Ibu bapa patut jadi watak utama halang anak-anak main mercun, ini tak, bapa yang pergi Siam borong sakan mercun penuh kereta.

Setiap tahun dengar kes tangan putus, jari hancur, mata buta dan sebagainya. Tak pasal-pasal nanti kena pergi Amerika buat tangan bionik, atau pergi Korea buat plastic surgery. Duit lagi tu.

Rasa nak je hantar orang yang suka main mercun ni ke negara bergolak seperti Syria, biar dia kenal 'mercun sebenar.'

mercun

6. Duit raya tak perlu beri

Rasanya ini isu paling famous. Sebaiknya kalau nak bersedekah, lebih afdhal jika diberi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini juga disebabkan adat melebihi agama. 

Pasti ramai dikalangan kita mempunyai hutang yang belum langsai. Utamakan membayar hutang kerana ia wajib, sedekah pula sunat. 

Kalau anak-anak buah merengek minta juga, berilah sedikit, tak perlu nak tunjuk kaya. Lagi satu, sampul duit raya tu tak payah pun tak apa. Kanak-kanak ni dapat saja duit tu, sampul dah masuk longkang. Membazir je. 

img 20170615 wa0002

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Pilihlah nak berjimat atau nak beraya sakan tetapi pening hutang keliling pinggang selepas raya nanti. Amalkan sikap sederhana kerana ia tuntutan agama kita. Renung-renungkan dan selamat berjimat.

Rujukan:

1. 5-tips-nak-berjimat-menjelang-hari-raya-aidilfitri

Previous
Next Post »
loading...