Perkara biasa sebenarnya bila selebriti mohon tajaan untuk hari perkahwinan mereka. Ada tajaan yang datang sendiri, ada tajaan yang kita kena mencari. Apa pun secara mudahnya, ia merupakan marketing dua hala yang memberikan faedah win win situation buat kedua belah pihak.
Namun berbeza dengan kes yang terjadi kepada pelakon wanita, Anis Al-Idrus. Ringkasnya, melalui satu screenshot dari dari pemegang akaun @bubbleqa di Twitter, dia mendakwa pembantu pelakon berkenaan telah memohon tajaan sekotak cupcake.
Namun berbeza dengan kes yang terjadi kepada pelakon wanita, Anis Al-Idrus. Ringkasnya, melalui satu screenshot dari dari pemegang akaun @bubbleqa di Twitter, dia mendakwa pembantu pelakon berkenaan telah memohon tajaan sekotak cupcake.
Namun @bubbleqa ini tidak mengenali Anis Al-Idrus dan enggan menaja sekotak cupcake tersebut. Dalam masa yang sama, tindakan dia berkongsikan perbualan tersebut juga menimbulkan rasa tidak puas hati pembantu pelakon wanita berkenaan.
Malah perbualan mereka terus dikongsikan lagi di laman Twitter. Apa pun, @bubbleqa punya jawapan sendiri di atas tindakannya itu.
Okay, ceritanya belum habis di sini. Setelah wanita berkenaan enggan menaja permintaan pembantu Anis Al-Idrus, seorang lelaki menyatakan rasa berminat untuk menaja cupcake untuk pasangan selebriti ini. Baguslah bukan sebab ada orang mahu taja?
Tapi melalui screenshot @NiniNell di Twitter, lain pula ceritanya apabila wanita yang enggan menaja tadi mempersoalkan pula keikhlasan lelaki berkenaan yang mahu menaja permintaan pembantu Anis Al Idrus.
Perkara tersebut dalam masa yang sama menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pengguna laman Twitter. Ada yang berpihak kepada wanita berkenaan dan ada juga yang berpihak kepada Anis Al Idrus.
Lebih menarik lagi, nampaknya makin ramai yang berminat untuk menaja hari bahagia pelakon wanita berkenaan sementara lelaki yang berminat untuk menaja cupcake untuk Anis juga turut mendapat perhatian daripada warga laman sosial yang lain.
Inilah realiti di zaman berlandaskan sosial media ini. Elok cara guna, dapat benda baik dan begitulah sebaliknya. Apa pun, semoga majlis Anis dan pasangan nanti akan berjalan dengan lancar. Sekian sahaja drama di akhir Ramadan ini untuk tatapan anda semua.