loading...

Pelakon Aeril Zafrel Disihir?

pelakon aeril zafrel disihir 1

Kredit foto: cinema.com.my 


Baru-baru ini aktor Aeril Zafrel telah memuat naik sekeping foto yang mencetuskan kontroversi di laman Instagramnya.

Dalam foto tersebut, Aeril memperlihatkan benda pelik yang dijumpai di booth perniagaan beliau yang terletak di Mood Republic PWTC.

Apa yang menimbulkan kekesalan aktor berkenaan apabila diberitahu oleh pakar bahawa objek tersebut merupakan sesuatu yang digunakan untuk tujuan sihir.

Malah, Aeril menerusi ruangan kapsyennya memberitahu dia tahu siapakah dalang di sebalik perbuatan khianat itu.

pelakon aeril zafrel disihir 2

Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel

Jumpa benda ni kat booth masa berniaga malam tadi di PWTC. Apalah niat sebenarnya??? Astaghfirullah. Bulan Ramadhanpun nak buat macam ni, bukan booth kat KL saja booth kami di Johorpun sama. Staf jumpa benda yang sama. Zaman sekarang ada lagi orang percaya perkara-perkara begini. Dah bawa jumpa pakar dalam bidang ni, ternyata benda ni sihir!! Cukup-cukuplah, percaya kepada rezeki masing-masing. Hasbunallahhu wani'malwaqil ni'malmaula wani'malnaseer. Saya tahu siapa awak.

Siapa sangka perkara tahyul sebegini masih lagi dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat hari ini. Lebih teruk apabila ada yang sanggup melakukannya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Previous
Next Post »
loading...