loading...

Didakwa Tak Mengaku Anak, Saleem Dedah Konflik Dengan Nurshafiq Farhain

didakwa tak mengaku anak saleem dedah konflik dengan nurshafiq farhain

Kredit foto: tv14.my 


Sebelum ini industri hiburan telah dikejutkan dengan kemunculan anak kepada penyanyi lagenda Saleem Iklim iaitu Nursyafiq Farhain.

Nursyafiq mencuri tumpuan ramai apabila video smule nyanyiannya menjadi tular. Vokalnya yang bukan sahaja hebat, malah mempunyai iras identiti vokal ayahnya.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul cakap-cakap yang mengatakan ayah beliau, Saleem telah mengabaikan dirinya. Lebih teruk lagi apabila Saleem dikatakan tidak mengaku anak kandungnya sendiri.

Menerusi wawancara bersama Utusan Online, penyanyi lagenda itu menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat kepadanya.

Menurut Saleem, berita yang tersebar adalah tidak benar. Buktinya, dia sendiri telah melunaskan tanggungjawabnya sebagai ayah dengan memberikan pendidikan dan menyediakan rumah kepada bekas isteri dan anak-anak.

Namun apabila media bertanyakan tentang hubungan kekeluargaan mereka, Saleem tidak mampu menyembunyikan perasaaan terkilannya terhadap Nursyafiq atas perlakuan lampau beliau terhadapnya. Dia meminta Nurshafiq mengimbas kembali peristiwa lalu dan menuntut agar anaknya itu memohon maaf.

Ini antara kata-kata daripada luahan Saleem. 

Mentang-mentang nak nyanyi, tiba-tiba kau kredit nama aku. Kalau pakai aku kira boleh popularlah? Nak duet dengan aku? Tapi kau tak sedar orang lain kaut keuntungan atas kau. Berdiri atas bakat sendiri. 

Berikut video penuh luahan hati Saleem. 


Previous
Next Post »
loading...