loading...

Gelilah! Jubah Melentik Ikan Duyung

PETALING JAYA: Rekaan busana labuh yang menampakkan susuk badan ditambah pula potongan di bahagian bawah ala ikan duyung pasti membuatkan si pemakai kelihatan menggoda dan menawan.



Pemilihan warna merah jambu menambah seri mana-mana gadis yang memakainya pada majlis-majlis keraian atau ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.

Namun jangan salah sangka kerana 'dress' itu bukan dipakai wanita, sebaliknya ia adalah jubah yang digayakan seorang pemuda ketika meraikan 1 Syawal, baru-baru ini.

Tanpa segan silu, pemakainya menggayakan busana ‘jubah’ itu di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya ‘melentik’.

Menerusi beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda tersebut turut memakai satu lagi jubah potongan ikan duyung warna kuning.

Gayanya yang sekali lagi 'melentik' dilihat berjalan bersama dua wanita yang ayu berbaju kurung moden, sekali pandang kesemuanya seperti srikandi 'Charlie's Angles'.


Rekaan dan gaya pemuda tersebut mendapat kecaman netizen yang menyifatkan jubah dengan potongan tersebut tidak sesuai untuk dipakai mana-mana lelaki.

Seorang pengguna Facebook ‘Noorihan Salleh’ berkata, hakikatnya jubah tidak mempunyai potongan sama ada ia untuk lelaki mahupun wanita.

“Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!” kata ‘Qistina Balqis Musa’ di laman sosial.

Sementara itu, ‘Ismail Husin’ pula berkata: “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.”

Menurut ‘Abdul Hanif Hadeni’, dia lebih rela memakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada perlu memakai ‘jubah’ berkenaan.

Previous
Next Post »
loading...