loading...

Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Pelancongan akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini yang akan menyaksikan kadar RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, lapor Berita Harian

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelaksanaan kutipan cukai itu akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar selepas anggota Parlimen sebulat suara meluluskan cadangan pelaksanaan itu pada sidang Parlimen pada April lalu. 

2

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 itu, Nazri menganggarkan Cukai Pelancongan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus. 

Cukai tersebut bukan sahaja dikenakan terhadap pelancong asing, malah turut dikenakan pada pelancong tempatan. 

Kadar cukai yang dikenakan adalah berdasarkan pada penarafan penginapan seperti: 
  1. Lima bintang - RM20 bagi setiap malam
  2. Empat bintang - RM10 bagi setiap malam
  3. Satu hingga tiga bintang - RM5 bagi setiap malam
  4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
  5. Tidak dinilai - RM2.50 bagi setiap malam
Walau bagaimanapun, cukai itu tidak termasuk homestay, premis yang diuruskan oleh institusi (pendidikan), premis yang digunakan untuk tujuan latihan, institusi agama, serta institusi kerajaan dan badan-badan berkanun di mana kemudahan itu tidak digunakan untuk tujuan komersial, termasuk premis yang mempunyai kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan. 

Selain itu, Cukai Pelancongan merupakan caj tambahan di sebalik cukai yang telah dilaksanakan seperti GST dan cukai perkhidmatan. 

Sementara itu di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan perlaksanaan cukai berkenaan yang dianggap melampau dan tidak releven. 

Terdahulu, beberapa portal online melaporkan Cukai Pelancongan akan dikuatkuasakan bermula 1 Ogos, yang memetik info dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bagaimanapun semakan mendapati info yang dinyatakan itu telah dipadamkan.
Previous
Next Post »
loading...