loading...

Larangan Merokok: Kaji Semula Denda Terhadap Peniaga Kecil

Oleh : Saadah Latib

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mengkaji semula denda yang dikenakan terhadap peniaga yang gagal memastikan tiada pelanggan merokok di premis perniagaan.

Presiden Dewan Perdagangan ASEAN Dato Moehamad Izat Emir berkata peniaga kecil perlu diberi kelonggaran kerana denda sebanyak RM5,000 itu adalah satu jumlah yang besar bagi peniaga tersebut.

“Tindakan mengenakan denda kepada peniaga kecil adalah tidak wajar kerana ianya sememangnya membebankan.

“Walaupun kerajaan turut menjamin bahawa denda turut dikenakan kepada perokok sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun namun ianya tidak bermakna pelanggan akan mematuhi.

“Tempiasnya akan dihadapi oleh peniaga, dimana mereka tidak boleh mengawal pelanggan daripada tidak merokok dan mengikut peraturan yang dilaksanakan oleh kerajaan,”katanya.

Oktober lalu, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguatkuasakan kawasan larangan merokok di restoran dan premis makanan yang bermula 1 Januari.

Pemilik premis makanan yang gagal memastikan pelanggan tidak merokok akan dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih satu tahun. Sementara itu, mana-mana individu yang didapati merokok di kawasan larangan akan didenda sehingga RM10,000 atau berdepan hukuman penjara dua tahun.

Previous
Next Post »
loading...