Kemurungan jangan dipandang remeh, kesannya boleh menggugat emosi. Kaum ibu sering kami menjadi mangsa rentan emosi ini. Ikuti perkongsian ibu ini tentang pengalamannya pernah mengalami fasa kemurungan serta cara mengatasinya.
Kesihatan mental sama dengan kesihatan fizikal. Banyak perkara yang mencabar emosi tambahan pula jika bergelar ibu, komitmen tinggi kepada keluarga dan kerjaya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kemurungan yang dialami ibu ini benar-benar menekan perasaan hingga terfikir untuk menamatkan riwayat anak kandung sendiri!
Berikut ialah perkongsian ibu ini;
Tidak tahu pada awalnya ia kemurungan. Gangguan & emosi dilepaskan kepada anak-anak melalui jeritan & pukulan
Pernah terfikir nak buat-buat terjatuhkan anak dari tingkat 6
Rasa tak diperlukan…baik mati sahaja
Otak jadi jem & banyak kerja buat separuh siap sana sini
Jawapan suami tidak membantu. Bila mengadu rasa ditertawakan
Rasa nak gugurkan kandungan, mujur Allah temukan rakan-rakan yang membantu
Cuti tanpa gaji. Mula cari solution untuk mudahkan kerja
6 bulan kemudian emosi mula stabil kerana ada masa untuk bersendirian & berehat dengan cukup
Sumber: Zarina Shahrin