loading...

Bila Travel Jauh Shera Aiyob Bekalkan Anaqi Dua Benda Penting! Elak Anak Meragam & Buat Bising

Shera Aiyob, Pengacara Rancangan TV Pa&Ma musim ketiga telah bercuti ke Australia Disember lepas bersama suami, Zahiril Adzim dan anak, Nadi Anaqi. Menerusi posting di instagram Shera, beliau telah berkongsi persiapan yang dilakukan untuk Anaqi agar anaknya tidak bosan berada berjam-jam di dalam kapal terbang.

Bila nak travel jauh dengan Anaqi, Mommy akan pastikan Mommy bawa toys dan buku yang sesuai untuk dia main supaya dia tak bosan dalam flight.

Kalau dia dah puas main toys dia pun Mommy tak risau sangat sebab @airasiaada Xcite Inflight Entertainment. Berjam-jam dalam flight pun Anaqi okay sebab ada macam-macam games, music dan movies yang dia boleh layan.

So, trip kami ke Perth ni Anaqi memang enjoy sangat dalam flight dan tak banyak ‘drama’. Selamat peti suara Mommy dan gegendang telinga penumpang-penumpang lain. Heh.

Sumber: Shera Aiyob

Saksikan rancangan Pa&Ma setiap selasa, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Maya HD

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...