loading...

Struktur Ligamen Lembut Boleh Jadi Punca, Bukan Epidural. Doktor Jelaskan Sakit Belakang Di Kalangan Ibu

Masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah penyebab sebenar di kalangan ibu-ibu.  Ini penjelasan doktor mengenainya.

Menurut  Dr Aminudin Mohamed, Pakar dari Jabatan Ortopedik, Hospital Columbia Asia, Setapak  kebanyakan ibu akan kerap berasa sakit belakang selepas pengambilan epidural ketika bersalin adalah disebabkan oleh prosedur epidural tersebut sahaja. Biasanya sakit ini hanya untuk sementara waktu.

Dalam kes-kes di mana sakit belakang tersebut berlanjutan selepas bersalin, punca-punca yang  lain perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal lanjut untuk memastikan tiada jangkitan kuman, tiada kebocoran pada cecair tulang belakang,  tiada gangguan saraf mekanikal seperti slipped disc dan sebagainya.

KENAPA IBU SELALU SAKIT BELAKANG?

Kerap kali proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsung memberi  kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang. Kesan daripada pelembutan struktur-struktur ligamen ini, membuatkan para ibu berisiko untuk mendapat slipped disc.

Tiada usia yang spesifik untuk menyatakan golongan ibu dalam lingkungan berapa tahun yang berisiko mengalami masalah kesakitan pada bahagian belakang. Apa yang pasti, pelbagai gejala bergantung kepada tahap keterukan keadaan ini.

CARA ATASI SAKIT BELAKANG

Terdapat pelbagai kaedah rawatan selepas pengesahan penyakit dibuat melalui pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan radiologi.

RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA)

Kaedah rawatan termasuklah penggunaan ubat-ubatan, terapi fizikal dan kaedah rawatan sakit belakang menggunakan Radiofrequency Ablation (RFA). Kaedah rawatan RFA ini adalah berkesan, cepat dan tidak melibatkan pembedahan. Sebahagian besar daripada mereka yang mengalami gangguan seperti ini dapat dirawat dengan kaedah-kaedah ini. Hanya sebahagian kecil pesakit yang memerlukan prosedur pembedahan dilaksanakan.

LUMBAR CORSET

Alat-alat sokongan yang boleh digunakan oleh para ibu semasa proses rawatan adalah antaranya penggunaan lumbar corset. Di samping itu, para ibu juga perlu diberi latihan untuk memberikan latihan teknik duduk, berjalan dan tidur yang betul.

KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL

Selain itu, para ibu yang menghidap sakit tulang belakang juga perlu menjaga berat tubuh badan agar berada pada tahap optimum. Kesemua faktor ini dapat memastikan kesembuhan segera dan mengelakkan masalah ini daripada berulang.

RUTIN SENAMAN ELAK SAKIT BELAKANG

Ibu terbabit juga perlu melakukan rutin senaman stretching, core strengthening exercises  dan memastikan keadaan persekitaran yang ergonomik  semasa berada di rumah dan di pejabat.

PEMAKANAN

Secara umumnya, pengurangan pengambilan kalori dalam bentuk karbohidrat dapat memastikan berat badan tidak berlebihan dan sekali gus tidak membebankan struktur-struktur tulang belakang. Di samping itu, pastikan ambil makanan yang tidak diproses, kurang kandungan gula dan memperbanyakkan pengambilan makanan yang segar.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...