loading...

NGO Perlu Main Peranan Semak Dan Imbang Kerajaan – Juwairiya

Oleh : Saadah Latib

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan tersendiri dalam memberi teguran kepada kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa khususnya penggunaan aset pentadbiran ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK).

Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat, Juwairiya Zulkifli berkata perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana secara jelas ia bertentangan dengan prinsip Pakatan Harapan (PH).

“Pandangan saya tindakan ini tidak wajar dan tidak boleh dilakukan oleh ketua jabatan termasuk menteri sekalipun digunakan untuk tujuan politik.

“Saya fikir perlu untuk seorang menteri diberi peringatan kerana tindakan ini sesuatu yang melanggar prinsip yang kita sendiri amalkan dan yang PH perjuangkan. Maka ini tidak boleh dibiarkan berlaku,”

“Ini adalah peranan NGO atau kumpulan masyarakat yang melihat penyalahgunaan kepincangan yang ada di bawah kerajaan untuk menyuarakan dan bawa isu ini kehadapan agar tidak lagi berlaku dalam masa akan datang,” katanya pada “ Wacana Sinar “ isu bertajuk ‘Peranan NGO Dalam Konteks Malaysia Baharu’ petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati diminta mengulas isu yang tular di media sosial berkenaan penggunaan sebuah kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan oleh jentera PH, berikutan itu kerajaan negeri menarik balik kenderaan berkenaan yang dipinjamkan kepada kerajaan Pusat sebelum ini.

Difahamkan, jabatan itu diminta menyediakan kenderaan pacuan empat roda berkenaan untuk kegunaan seorang Timbalan Menteri yang mengadakan lawatan kerja ke kawasan Cameron Highlands sejak minggu lalu.

Previous
Next Post »
loading...