
CAMERON HIGHLANDS: Calon Pakatan Harapan (PH) yang gagal untuk kali ketiga dalam percubaannya merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran, mendakwa Barisan Nasional
Manogaran berkata, beliau sama sekali tidak menyalahkan pengundi kerana kegagalannya merampas kerusi berkenaan.
“BN main isu kaum, saya tak salahkan pengundi. Ini menjadikan kami lebih kuat kerana kami tidak memandang agama dan kaum,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pilihan Raya PH, di sini hari ini.
Katanya, meskipun kalah, beliau akan tetap meneruskan khidmatnya di Cameron Highlands dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang kempen berlangsung.
Beliau turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan DAP dan PH yang memberikan peluang kepadanya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan dan berharap mereka dapat membantu dalam membangunkan Cameron Highlands.
Kita perlu terus membantu penduduk. Saya komited untuk membantu kerajaan membawa pembangunan di sini,” katanya.

Pencakar Langit Thailand Runtuh Akibat Gempa Bumi ...

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya ...

Waspada Akaun Facebook Palsu Yang Menggunakan Iden ...

Kes Warga Emas Dirempuh Ketika Berteduh Bawah Jeja ...