loading...

Suami Masak Sedap, Berat Badan Nora Danish Naik

Selepas beberapa bulan berkahwin, nampaknya pelakon Nora Danish kini semakin berisi berikutan suaminya, Nedim yang dikatakan sememangnya seorang pakar dalam masak-memasak.



“Saya gemuk naik 2 ke 3 kilogram. Tapi saya tak merungut kerana orang cakap itu rezekikan. Suami suka masak, dia akan Google menu baru dan masak. Lagipun dia suka tengok orang makan dan dalam keluarga dia memang berbakat dalam masakan”

“Bila makan di luar, kita akan cakap nak suruh dia masak juga sampai anak-anak dia pun tak nak makan luar sebab bapa dia masak sedap sangat,” katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa HBO.

Dalam pada itu, Nora berkata sambutan perayaan Aidilfitri pada tahun ini, lebih bermakna pada dirinya kerana setelah 8 tahun bergelar ibu tunggal kini dapat beraya bersama suami dan anak-anak tercinta.

“Sambutan raya kali ini, saya sudah bergelar seorang isteri sebab 8 tahun sudah saya single serta dapat beraya bersama 2 orang anak,” katanya
Previous
Next Post »
loading...