Terbuka menunjukkan kemesraan beliau bersama Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy mengakui dirinya sudah mula memandang serius terhadap percintaan mereka kerana terpikat dengan kejujuran Sufian.
Sebelum ini, saya dibelenggu perasaan kurang yakin tentang keikhlasan lelaki yang cuba mendampingi diri ini. Adakah benar ia kerana cinta atau sekadar suka-suka. Situasi itu bagaimanapun berbeza sejak saya mengenali Sufian. Berdasarkan kejujuran Sufian. saya mula memandang serius terhadap hubungan kami selain mengharapkan agar menemui kesudahan yang membahagiakan.
Dalam pada itu, Sufian yang hangat dilanda kontroversi didakwa menggoda isteri orang memberitahu bahawa beliau kini sedang cukup bahagia dengan Elfira. Ia sekaligus memberikan kenyataan bahawa kontroversi itu tidak logik.
Elfira dan Sufian berharap agar hubungan mereka ini mempunyai pengakhiran yang bahagia.Bagi saya, dakwaan ini adalah perkara yang tidak logik. Hal ini kerana semua orang tahu saya sedang berbahagia dengan Elfira, jadi mengapa perlu menggoda isteri orang.