loading...

Muat Naik Foto Ini Di Bulan Ramadhan, Janna Nick Dihentam Ramai

muat naik foto ini di bulan ramadhan janna nick dihentam ramai 1

Kredit foto: tv14.my 

Gara-gara memuat naik swafotonya yang sedang berada di dalam masjid, pelakon Janna Nick menjadi mangsa kecaman para pengguna Instagram baru-baru ini.

muat naik foto ini di bulan ramadhan janna nick dihentam ramai 2

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Foto tersebut memperlihatkan Janna sedang memakai telekung berwarna peach berada di hadapan seorang lagi pelakon terkenal, Sheila Rusly. Bagaimanapun Sheila ketika itu dilihat sedang khusyuk berwitir.

Sebahagian netizen berang kerana tindakan Janna yang dilihat seakan mahu menunjukkan ibadah terawihnya.

"Fenomena bangang dah bermula #doneterawih, lepas ni buang air besar jangan lupa swafoto juga ya #doneberak"

"Kita ni jangan hanya popularkan diri dengan 'done terawih' sebab kita buat terawih tu biar ikhlas dan betul-betul kerana Allah. Bukan menunjukkan yang kita ni rajin sangat bersolat terawih." 

Janna tidak melatah, sebaliknya memberikan penjelasan akan motif di sebalik swafotonya.

"Tak berniat untuk menunjuk solat witir, awak. Nak tunjuk telekung saja. Belilah, saya jual. Tak tunjuk macam mana nak bisnes. Terima kasih."

"Sedikitlah sakitkan hati. Nak minta maaf ke macam mana? Atau saya kena minta maaf dengan awak sebab swafoto dalam masjid?? (baca dengan intonasi lembut sebab saya tak marah cuma ajak berbincang)" 


Ada juga peminat Janna yang memahami tindakan beliau, lalu meminta aktres tersebut bersabar dengan kejian orang ramai. 

Previous
Next Post »
loading...