loading...

Homebush Bay : Hutan terapung di atas kapal yang berusia 106 tahun

Homebush Bay yang terletak di Sydney Australia mempunyai keunikkan tersendiri kerana terdapat sisa-sisa limbungan kapal pecah yang sebelum ini pernah beroperasi pada abad ke-20. Kapal besar ini sebenarnya telah ditunda ke Homebush Bay kerana tidak dapat digunakan lagi dan komponen yang selamat pada kapal tersebut turut diambil untuk dijadikan barang gantian dan digunakan pada kapal yang lain. Yang tinggal hanyalah rangka kapal yang buruk sahaja.

kapal hutan terapung

Kapal yang dimaksudkan itu adalah kapal SS Ayrfield yang mempunyai berat sebanyak 1140 tan dan telah dibina pada tahun 1911 sebagai kapal pengangkut arang batu yang kemudiannya digunakan semasa Perang Dunia II sebagai kapal pengangkutan. Pada tahun 1972 ia telah dibawa ke Homebush Bay untuk dilupuskan tetapi keputusan ini berubah serta merta. Operasi di limbungan kapal tersebut kemudiannya diberhentikan dan sebahagian daripada beberapa kapal besar termasuk SS Ayrfield ditinggalkan. Objek terbesar di kawasan tersebut sebelum ini tidak terkenal selama beberapa dekad disemakan terdapat tumpahan bahan kimia dan juga pencemaran. Tetapi hanya kapal pengangkutan yang terbiar inilah yang telah merubah persekitaran kawasan tersebut dengan menjadikan ia sebuah taman hutan terapung. Ia telah menjadi sebuah rumah yang ditumbuhi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain yang menjadi rumah burung  setelah ia tumbuh sejak beberapa dekad yang lalu.

ss aryfield hutan terapung

Dari tahun 2008 sehingga 2010 pelbagai usaha bersepadu telah dibuat untuk mengeluarkan sebanyak mungkin bahan kimia yang berada di Homebush yang ditinggalkan pada era perindustrian lalu. Tidak jauh dari situ terdapat kawasan yang dikenali sebagai Brickpit Ring Walk iaitu bekas tapak perindustrian di mana hampir tiga bilion bata telah dibuat di kilang tersebut semenjak 1911 sehingga 1980-an yang kini telah menjadi habitat semula jadi yang dilindungi.

ss aryfield

Sejak kapal SS Ayrfield menjadi sebuah hutan terapung, teluk ini kini merupakan tempat yang popular untuk jurugambar yang ingin menambil gambar pemandangan yang luar biasa serta pelik tetapi ia tetap indah.

Sumber :

Thisiscolossal

Previous
Next Post »
loading...