loading...

Pesakit Tewas Dengan Penyakit Hati Kronik Setelah Bertahun Ambil Suplemen Dan Ubat Tradisional

Artikel ini ditulis oleh Dr. Rafidah Abdullah di laman Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang Nephorolist iaitu doktor pakar khusus dalam penjagaan dan merawat penyakit buah pinggang. 

fb img 1496903457730

55 tahun, 

Tidak ada sakit apa pun, datang ke hospital sebab mata kuning (gambar hiasan dari internet). Bacaan bilirubin sangat tinggi (lebih 400 - bacaan normal ~ bawah 45 mengikut makmal). Bacaan enzim hati, Alanine Amino Tranferase melebihi 3000 U/L (normal ~ bawah 45). Bacaan darah beliau (kuning, merah dan putih) semua nya rendah kerana ada komplikasi "hypersplenism". Limpa beliau bengkak, menandakan kerosakan fungsi hati ini telah lama berlaku. Penyakit "Chronic Liver Disease"; masalah kronik kerosakan hati. Sudah sampai tahap akhir, Child Pugh C (klasifikasi tahap kronik yang paling teruk).

images enlarged spleen

Puas lah kami mencari punca juga - ERCP (scope nak cari batu sistem hempedu), ultrasound, CT Scan bagai. Batu tiada, kanser tiada, jangkitan virus tiada, penyakit autoimun (seperti SLE) tiada. Beliau lantas mengeluarkan beberapa ubat suplemen & traditional yang beliau sedang ambil. Beliau memberitahu kami yang memang beliau mengamalkan ini (macam-macam jenis) sudah lebih 10 tahun! Aduh

vitamins

Keadaan beliau menjadi kritikal, organ lain turut rosak termasuk buah pinggang. Beliau dijangkiti kuman; walaupun antibiotik di beri, badan beliau terlampau lemah. Beliau tewas dan tidak dapat diselamatkan

Saya mohon:

1. Masyarakat perlu tahu untuk suplemen, memang banyak kajian

Tapi kebanyakan nya kajian-kajian kecil. Jika seseorang Doktor itu ada belajar membaca jurnal secara menyeluruh melalui kelas-kelas basik di Universiti dahulu topik "critical appraisal", patut tahu yang mana boleh buat kesimpulan, yang mana tidak. 

Elok baca rumusan dari National Health Service (NHS), UK ini & hadamkan perlahan-lahan. Terang-terang katanya tidak perlušŸ˜Š.

2. Untuk pesakit buah pinggang,

JANGAN sentuh herba (rujuk di SINI) atau suplemen (rujuk di SINI). Bincang dengan PAKAR BUAH PINGGANG anda. Apa orang lain kata, mohon abaikan. 

3. Baca secara terperinci tentang Nutrisi di Malaysia

Penat mereka hasilkan ini. Macam-macam vitamin & apa unsur pemilihan pemakanan yang tepat. Jenuh mereka senarai kan. Rujuk senarai di SINI.

4. Kalau nak juga ambil suplemen juga,

boleh baca panduan yang betul ini: Panduan mengambil makanan tambahan

- Nasihat No 1: tanya diri sendiri (bukan penjual): perlu ke? 

- Nasihat No 2: Bincang dengan Doktor anda! Tidak boleh beli online, order & pos bagai. Itu salah.

images 990

Kalau nak sangat ambil atau telah mengambil suplemen, saya cadangkan jumpa Doktor, buat pantauan termasuk ujian darah berkala. Terus kan jumpa Doktor untuk rawatan & pantauan berterusan. 

Pesakit ini sudah tiada, hanya saya lah suara beliau. 

Buat lah pilihan yang bijak. Kami di #MedTweetMY akan terus memberi informasi kepada masyarakat.

Nak ambil macam-macam, teruskan. Itu pilihan masing-masing. Kami tidak boleh menghalang. Datang hospital buah pinggang rosak, kami tebuk leher untuk Dialisis. Satu sen duit lebih pun kami tak dapat. Kerja kerajaan gaji sama. Kami terima saja pesakit. Kami sedia membantu. Simpan sahaja lah duit dalam RM3000-5000 tiap-tiap bulan untuk rawatan, untuk seumur hidup. 

nintchdbpict000262863861

Rosak hati, maaf lah ya. Tidak ada Dialisis untuk hati yang rosak. Dahlah masyarakat kita pun tidak ramai nak menderma organ untuk menyelamatkan pesakit seperti ini. Ramai yang tidak selamat.

Fikir-fikir kan lah. Buat pilihan yang tepat, dan sihat.

Hasil nukilan saya; yang hari-hari berhadapan dengan komplikasi yang meragut nyawa seperti ini.

Rafidah Abdullah

Pakar Perubatan & Buah Pinggang

Previous
Next Post »
loading...