loading...

Haiwan ini tidak mahu pulang setelah diselamatkan oleh pasangan suami isteri

Pada suatu hari, seperti biasa, Joel dan isterinya, Monica Todd sedang memandu kenderaan mereka menyusuri sebuah lebuh raya 277 di Alabama. Hari tersebut adalah hari yang normal seperti hari-hari sebelumnya, sebelum mereka terserempak dengan seekor burung hantu yang berada di atas jalan raya tersebut.

Burung hantu tersebut berada berhampiran dengan kenderaan yang melalui jalan raya tersebut dan membahayakan nyawanya. Oleh hal yang demikian, Joel mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan membantu haiwan tersebut.

burung hantu yang diselamatkan oleh pasangan suami isteri tersebut

Joel mencuba untuk menghalau burung hantu tersebut supaya dia melarikan diri atau terbang ke tempat yang jauh daripada kawasan jalan raya tersebut. Namun, apa yang terjadi amat mengejutkannya dan isterinya.

Burung hantu tersebut menggenggam seluar Joel dan memanjat badannya dan duduk di atas bahunya. Pada mulanya, Joel berasa takut kerana dia tidak pernah bermain dengan haiwan-haiwan yang liar. Setelah beberapa ketika, dia menyedari bahawa burung hantu tersebut tidak mengapa-apakannya dan hanya ingin mengikut dia dan isterinya pulang ke rumah.

Joel masuk semula ke dalam keretanya dan burung hantu tersebut masih berada di atas bahunya. Burung hantu tersebut juga kadangkala akan menyandarkan kepalanya ke bahu Joel dan Joel berasa seronok dengan perbuatannya itu. 

haiwan tersebut tidak mahu melepaskan joel

Isterinya, Monica telah menelefon pihak renjer hutan yang berhampiran untuk datang dan mengambil buung hantu tersebut. Setelah beberapa minit, renjer tersebut telah sampai dan dia amat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh burung hantu itu. Menurutnya, sepanjang pengalamannya sebagai renjer hutan, dia tidak pernah melihat seekor haiwan liar berjinak-jinak dengan orang yang baru sahaja ditemuinya.

joel telah menyelamatkan burung hantu yang dijumpainya

Namun, setelah siasatan ringkas dijalankan, renjer hutan tersebut mendapati bahawa burung hantu tersebut adalah seekor burung hantu yang buta. Tindakan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri tersebut amat dipuji kerana sekiranya mereka tidak menyelamatkan haiwan tersebut, kemungkinan ia telah dilanggar oleh kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Sumber rujukan :

WHNT news

Previous
Next Post »
loading...