loading...

Tarikh Bayaran RM700 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2021


Tahukah anda Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada memberikan bayaran bantuan Aidilfitri tahun 2021? 

Berita baik bagi mereka penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP. anda akan menerima bayaran bantuan Aidilfitri secara berperingkat-peringkat ke akaun anda. 


Kami kongsikan maklumat bantuan kepada anda.


29400 Asnaf Dibantu

Seramai 29,400 asnaf di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan menerima bantuan Aidilfitri Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  berjumlah RM700 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama0, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan ini melibatkan peruntukan RM20.3 juta yang dijangka dapat meringankan beban golongan ini dalam menyambut Aidilfitri minggu ini.

Bantuan Aidilfitri Baitulmal MAIWP

Untuk pengetahuan anda, bantuan Aidilfitri Baitulmal MAIWP merupakan salah satu daripada 30 skim bantuan yang disediakan dan  dilaksanakan untuk diagihkan kepada penerimanya dengan cepat mengikut keperluan asnaf.


Tarikh Bayaran RM700 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2021

Bayaran Bantuan Aidilfitri RM700 seorang akan dikreditkan ke akaun penerima Bantuan Kewangan Bulanan sedia ada secara berperingkat-peringkat bermula 5 Mei 2021 lalu.


Bantuan Aidilfitri RM300

Selain Bantuan Baitulmal, MAIWP juga menyalurkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada penghuni institut di bawah MAIWP iaitu 420 pelajar Darul Kifayah, 250 pelajar Institut Kemahiran Baitulmal dan 38 pelatih Dar Assaadah. 

Siapa Layak Dapat Bantuan?

Bantuan RM700 ini hanya untuk  penerima bantuan bulanan MAIWP di negeri Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Previous
Next Post »
loading...