loading...

BPR Fasa 2: Tarikh Penting & Jumlah Baki Bayaran Bermula Esok 7 Mei 2021!

Tahukah anda pembayaran fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bernilai RM2.75 bilion secara berperingkat akan dikreditkan ke akaun pemohon bermula esok?  Walaupun ada pemohon yang sudah menerima pengkreditan beberapa hari ini, namun secara rasminya pengkreditan akan dikreditkan bermula 7 Mei 2021.

Fasa 2 BPR ini akan memanfaatkan jumlah penerima yang sama seperti fasa pertama merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang dengan peruntukan sebanyak RM2.75 bilion.


Kami di MingguanKerja ingin kongsikan kepada anda beberapa maklumat penting tentang pembayaran fasa kedua BPR yang wajib anda tahu.


Tarikh Penting Pembayaran Fasa 2 BPR

Kami kongsikan kepada anda tarikh pembayaran dan cara pembayaran.

Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang

  • Tarikh pembayaran 7-12 Mei 2021
  • Terus dikreditkan ke dalam akaun bank

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak)

  • Tarikh pembayaran 17 Mei 2021
  • Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. 

Peningkatan Peruntukan Kadar Bayaran

Jika dahulu penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150.

Kini penerima adalah di antara RM150 sehingga RM600.

Jumlah Pembayaran Fasa 2 BPR

Isi Rumah Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah

  • RM150-RM400 
  • (Baki Bayaran Pada Fasa Seterusnya iaitu Fasa Ketiga)

Warga Emas Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah (Bujang/Tiada Pasangan)

  • RM300-RM600
  • (Bayaran Akhir)

Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah

  • RM200-RM350
  • (Bayaran Akhir)

Cara Semak Status Lulus BPR Fasa 2



Kaedah Pembayaran Bagi Kawasn Pedalaman Sabah Dan Sarawak Yang Tiada Akaun Bank

Kaedah pembayaran akan dibuat secara tunai sekaligus dengan pembayaran Fasa 3 melalui BSN dengan kolaborasi strategik bersama LHDNM dan Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak pada tarikh terdekat.

Tarikh Rasmi Permohonan Rayuan

  • Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.
  • Jika permohonan anda sebelum ini ditolak, anda masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Kenyataan Rasmi BPR Fasa 2 




Maklumat Lanjut:

Previous
Next Post »
loading...