loading...

Cara Mohon Bantuan RM500 B40 & Penerima BPR Bermula Jun 2021


Berita baik untuk mereka penerima BPR, bantuan BPR sebanyak RM500 secara one-off melalui PEMERKASA akan diagihkan bermula Jun ini.

Sebanyak RM 1.2 Billion diperuntukan oleh kerajaan bagi membantu 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan.


Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang bantuan RM500 one-off ini.


Siapa Layak Terima Bantuan RM500?

  • Bantuan ini akan diberikan kepada mereka golongan B40 yang hilang pendapatan.
  • Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah


Bantuan RM500 One-Off Untuk B40 & Penerima BPR

Kami kongsikan maklumat tentang bantuan ini:

  • Penerima tidak perlu untuk memmbuat pendaftaran
  • Penerima berumur antara 21-60 tahun
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKESO dan KWSP.
  • Individu berstatus bankrap juga diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka

Tarikh Bayaran

Bayaran RM500 one-off ini akan dikreditkan bermula Jun 2021 ke akaun masing-masing.


Cara Untuk Permohonan 

Tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran permohonan.

Anda boleh semak akaun anda selepas tarikh bayaran diumumkan nanti.


Maklumat Tambahan

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh untuk  Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747.

Previous
Next Post »
loading...