loading...

GKP 3.0: Bantuan Tambahan RM1,000 Bermula Jun 2021



Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 diperkenalkan lagi oleh kerajaan bagi menyokong sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro supaya dapat membantu mereka semula untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh masa yang mencabar ini.

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang GKP 3.0 ini.

Apakah GKP 3.0?

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapakah yang layak menerima dan berapakah nilai bantuan GKP 3.0?

Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:

Layak GKP 3.0                                                 Nilai Bantuan
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0      RM1,000 (One-Off)
Lulus permohonan baharu GKP 3.0                 RM1,000 (One-Off)

Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 3.0 bermula?

Permohonan baharu GKP 3.0 telah dibuka pada 1 April sehingga 15 April 2021 lalu.

Tarikh Pembayaran GKP 3.0?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Beza GKP Permai Dan GKP 3.0?



Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk Soal Jawab GKP 3.0 di sini.
Previous
Next Post »
loading...