loading...

Jumlah Bayaran BPR Fasa 2 Dan Fasa 3 Permohonan Baharu

Pembayaran BPR fasa 2 telah pun bermula pada 7 Mei 2021. Namun ramai masih keliru dengan nilai jumlah BPR yang diterima oleh mereka. 

Ramai yang keliru dengan jumlah bantuan kerana ada yang dapat jumlah pembayaran yang berbeza dengan rakan-rakan mereka. 

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang BPR ini.


Definisi Penerima Baru

Penerima baru ialah penerima yang layak setelah membuat permohonan sehingga Februari 2021 lalu. Mereka yang tergolong dalam penerima baharu ini tidak menerima pembayaran pada Fasa 1.

Oleh itu terdapat sedikit perbezaan jumlah pembayaran BPR antara penerima lama Fasa 1 dan penerima baharu untuk fasa 2 ini.

Jumlah pembayaran BPR Fasa2 ini untuk mereka yang baru sahaja memohon dan baru pertama kali mendapatkan bayaran BPR mereka.


Jumlah Amaun Pembayaran BPR Fasa 2 Penerima Baru

Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah (termasuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)

Mereka yang mempunyai jumlah anak antara 0-1 akan mendapat bantuan sebanyak RM400 pada fasa 2.

Bagi fasa 3 nanti, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM800. Ini menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM1,200.

Begitu juga dengan isi rumah yang mempunyai jumlah anak 2 ke atas akan menerima bayaran RM400 untuk fasa 2 ini. Namun begitu bagi fasa tiga nanti mereka akan menerima bayaran sebanyak RM1,400.

Ini menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM1,800.




Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 - RM 4,000

Isi rumah yang memiliki anak 0-1 akan menerima bantuan BPR fasa 2 sebanyak RM300. Namun pada fasa 3 nanti mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500. Menjadikan jumlah keseluruhan bantuan BPR sebanyak RM800.

Keluarga yang mempunyai jumlah anak 2 dan ke atas akan menerima juga bantuan sebanyak RM300. Pada fasa 3 nanti, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM900. Menjadikan jumlah keseluruhan bantuan BPR sebanyak RM1,200.




Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 - RM 5,000

Penerima yang mempunyai jumlah anak 0-1 akan menerima bantuan RM100. Pada fasa 3 nanti mereka akan menerima bantuan sebanyak RM400. Jumlah keseluruhan Bantuan ialah RM500.

Isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas jumlah anak akan menerima bantuan sebanyak RM250 BPR fasa 2. Pada fasa 3 nanti, mereka akan menerima bantuan RM500. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM750.

Bagi pemohon berumur 60 tahun dan ke atas punya anak 0-1 akan menerima bantuan RM100 dan pada fasa 3 akan terima bantuan RM500 menjadikan jumlah keseluruhan RM600.



Bujang

Pembayaran bagi kategori bujang ialah sekaligus pada fasa kedua dengan pembayaran sebanyak RM350 seorang.



Bila Bayaran Fasa 3?

Pembayaran fasa 3 akan diumumkan kelak setelah pembayaran fasa 2 selesai.

Cara Semak Status Lulus BPR Fasa 2

Anda boleh semak bermula 7 Mei 2021 dengan melayari pautan: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login


Maklumat Lanjut

Previous
Next Post »
loading...