Hari ini merupakan tarikh rasmi bagi pengkreditan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Kedua 2021. Sebelum ini ada pemohon yang sudah menerima pengkreditan lebih awal di bank masing-masing. Namun begitu bagi segelintir pemohon lagi mereka belum menerima pembayaran BPR Fasa Kedua ini. Oleh itu anda digalakkan untuk menyemak akaun bank anda masing-masing bermula hari ini.
Disebabkan masih ramai lagi yang keliru dengan jumlah amaun bayaran BPR 2021 yang akan diterima oleh penerima mengikut fasa.
Kami kongsikan kepada anda, jumlah sebenar pembayaran BPR 2021 mengikut fasa pertama dan fasa kedua yang wajib untuk anda tahu.
Siapa Layak Menerima Pembayaran Fasa kedua BPR 2021?
Permohonan BPR 2021 yang layak menerima bayaran Fasa Kedua adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Bilakah Tarikh Pembayaran BPR 2021?
Pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:
- Bayaran Fasa Pertama: 24 Februari 2021
- Bayaran Fasa Kedua: 7 Mei 2021
- Bayaran Fasa Ketiga: Tertakluk kepada makluman dari semasa ke semasa
Berapa Amaun Bayaran BPR 2021 Yang Akan Diterima Oleh Penerima?
Jumlah Pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:
Penerima Bayaran Fasa Pertama BPR 2021
Penerima Bagi Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan Penerima Fasa Pertama
Ini adalah jumlah pembayaran yang akan diterima oleh para pemohon baharu BPR 2021 yang tidak menerima pembayaran pada Fasa Pertama:
Jumlah Pembayaran BPR 2021 Bagi Permohonan Yang Melibatkan Perubahan Status Daripada Bujang Kepada Status Perkahwinan
Sekiranya anda sudah menerima bayaran fasa pertama BPR 2021 dengan kategori Bujang, dan anda sudah mengemaskini permohonan sebagai status kahwin pada tempoh pendaftaran BPR 2021, ini adalah jumlah pembayaran yang anda akan terima:
Cara Semak Status Lulus BPR Fasa 2
Maklumat Lanjut:
- Anda boleh hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747
- Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 Petang
- Layari juga portal rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login