loading...

Bantuan Khas 'Lockdown' kepada Rakyat Malaysia dan Sektor Ekonomi Terkesan





Kementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan "Total Lockdown" di seluruh negara bermula selasa ini.

TARIKH PENGUMUMAN BANTUAN

"Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat", berikut kenyataan yang telah dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 28 Mei lalu.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan "Total Lockdown" Fasa Pertama dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari. Menerusi penutupan penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BANTUAN KHAS BERSEMPENA 'TOTAL LOCKDOWN'

Setakat ini, tiada lagi pengumuman penuh tentang perincian bantuan yang akan diberikan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas. Namun begitu, pengumuman bantuan ini akan diumumkan secepat mungkin dalam masa terdekat.

Sama-sama kita nantikan pengumuman ini dan semoga bantuan yang akan diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas.

Sumber: bharian.com.my, utusan.com.my

Previous
Next Post »
loading...