loading...

eBelia: Cara Tebus eWallet RM150 Bermula 1 Jun 2021


Program eBelia merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta yang akan dibuka kepada sekitar dua juta belia warganegara Malaysia yang layak untuk menerima pengkreditan duit ke dalam akaun ewallet mereka.

Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak. Kini melalui Pemerkasa para belia akan dapat menebus eWallet sebanyak RM150.

Ianya bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi IPT. Kami kongsikan kepada anda maklumat terkinit tentang bantuan eBelia ini.


Apa Itu Program E-Belia?

  • Menggalakkan transaksi tanpa tunai
  • Penebusan kredit e-Wallet ditingkatkan dari RM100 ke RM150
  • Sasaran 2 juta belia berumur 18-20 tahun dan penuntut IPT sepenuh masa.

Syarat-Syarat Untuk Menerima eBelia RM150

  • Mencapai umur 18-20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2002): atau
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini.

4 Penyedia Perkhidmatan e-tunai

  • BigPay
  • Boost
  • ShopeePay
  • Touch 'n Go eWallet

Cara Tebus eWallet RM150

1. Muat turun salah satu penyedia perkhidmatan e-Wallet:

  • BigPay
  • Boost
  • ShopeePay
  • Touch 'n Go

2. Daftar dan isikan maklumat diri anda

3. Sahkan maklumat pendaftaran

4. Tebus kredit eBelia RM150 mulai 1 Jun 2021


Tarikh Bayaran / Tuntutan Kredit eBelia RM150

Tempoh kredit bermula 1 Jun sehingga 22 Julai 2021

Kenyataan Rasmi Media Kementerian Kewangan Tentang eBelia





 



Previous
Next Post »
loading...