loading...

BKSS 6.0: Bantuan Tunai RM500 Bujang Sarawak, RM250 Ketua Isi Rumah B40


Kerajaan Sarawak ada mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 menerusi 15 langkah untuk meneruskan lagi kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah bermula semenjak 29 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menjelaskan terdapat 8 langkah pembayaran tunai dan 7 langkah pemberian diskaun. Tujuan pelaksanaannya untuk memberikan manfaat kepada rakyat Sarawak.


Kami kongsikan kepada anda senarai pakej BKSS 6.0 Sarawak.

Senarai Bantuan Khas Rakyat Sarawak Tempoh PKP 

1. Bantuan Tunai Bujang (RM500) & Ketua Isi Rumah B40 (RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan)

  • Insentif  untuk Ketua Isi Rumah B40 Sarawak untuk tempoh 6 bulan (RM250 Sebulan bermula 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021
  • Individu Bujang B40 berumur 21 tahun ke atas terima RM500 secara one-off bermula 31 Ogos 2021

2. Elaun Bulanan Khas Petugas Harian Untuk Tempoh 6 Bulan

  • Anggota Kesihatan - RM300
  • Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan - RM200
  • Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri - RM200
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jaga sempadan - RM200
  • Anggota RELA - RM200
  • Anggota Kastam Diraja Malaysia bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang - RM200
  • Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/ kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi - RM200
  • Anggota Bomba dan Penyelamat - RM200
  • Anggota Angkatan Pertahanan Awam - RM200

3. RM1500 Insentif Pengamal Media

Bantuan insentif kepada pengamal media barisan hadapan di Sarawak secara one-off RM1,500.

4. Bantuan RM1500 Penjaja & Peniaga Kecil

  • Geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Sarawak Pay
  • RM1500 dibayar secara dua peringkat
  • RM750 dibayar pada bulan Julai dan RM750 seterusnya pada bulan Disember 2021

5. RM500 Untuk Pengendali Penambang

Insentif untuk pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak secara one-off sebanyak RM500.


6. RM500 Untuk Pengendali Van, Teksi dan Bas

Insentif untuk Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak sebanyak RM600.

7. Bantuan RM500 Pemandu e-Hailing & Tenaga Pengajar Memandu

Bantuan Kewangan kepada Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu secara one-off melalui Sarawak Pay RM500.

8. Bantuan kepada Agensi Pelancongan/ Operator Homestay / Pemandu Pelancong

  • Bantuan khas kepada Agensi Pelancongan Berlesan - RM3,000
  • Operator Homestay Berlesen - RM600
  • Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen - RM500
  • Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen RM1,500

9. Diskaun Lain-Lain

  • Diskaun 5% sehingga 25% untuk bil elektrik bulanan
  • Diskaun 10%  hingga 25% ke atas bil air bulanan
  • Diskaun 25% taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400
  • Diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah
  • Diskaun 50% sewa pasar dan gerai
  • Diskaun 50% sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)
  • Pengecualian bayaran sewa kepada Penguasaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC negeri
  • Penyediaan bakul makanan kepada isi rumah terjejas semasa PKP

Sumber: Edisi UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak) & harianpost.my

Previous
Next Post »
loading...