loading...

Cara Sign Petisyen Tuntut Pengeluaran KWSP RM10,000 One-Off



Rakyat Malaysia telah melancarkan petisyen menuntut pengeluaran KWSP RM10,000 dari akaun 1 KWSP mereka. Setakat 25 Januari 2022, sekitar 68,000 orang telah menandatangani petisyen berikut. Kempen tandatangan ini dilancarkan secara organik oleh rakyat tanpa penglibatan mana mana parti politik.

Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk malangsungkan kehidupan harian mereka. Dibawah merupakan pautan ringkas tentang petition yang dilakukan.

CARA SIGN PETISYEN PENGELUARAN RM10,000 KWSP SECARA ONE-OFF DARI AKAUN 1

Rakyat Malaysia boleh menandatangani petisyen tersebut secara online melalui laman sesawang change.org. Setakat artikel ini ditulis, sekitar 68,000 orang telah menandatangani dan angka itu terus meningkat.

PETISYEN TUNTUTAN RM10000 SECARA ONE-OFF

Di Telegram, sekitar 171,000 Rakyat Malaysia telah berkumpul dalam sebuah channel yang memberikan informasi terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya di Malaysia.

JOIN TELEGRAM DI SINI



TUNTUTAN PENCARUM KWSP

"Kami pencarum-pencarum KWSP ingin menuntut pengeluaran tunai RM10000 bagi kali terakhir di musim pandemik covid 19 (bagi yang mempunyai baki mencukupi) dan jumlah yang rasional bagi yang berbaki kurang RM10000 dalam akaun 1 KWSP berdasarkan alasan-alasan yang berikut :-"

1. Kehilangan/pengurangan pendapatan sejak covid 19 melanda pada 2020

2. Belum dan masih gagal mendapat pekerjaan stabil, ada yang umur meningkat dan mengalami kesukaran mendapat pekerjaan baru.

3. Mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan tidak seperti gaji yang diterima sebelum pandemik covid 19 melanda.

4. Untuk memperbaiki/memulihkan perniagaan2 kecil yang baru bermula dan yang terjejas

5. Untuk melunaskan tunggakan-tunggakan hutang pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utility air,elektrik,IWK serta lain-lain yang berkenaan yang gagal ditampung disebabkan point no.1,2,3,4 diatas

6. Untuk menjelaskan baki-baki hutang sebelum moratorium berakhir sekitar Januari/Februari 2022 dan memulakan semula perancangan/strategi kewangan baru pasca pandemik pada Januari 2022

Previous
Next Post »
loading...