Tahukah anda bahawa semakan baki / pengeluaran Akaun 1 & 2 KWSP boleh dilakukan secara online? Semakan ini adalah melalui platform i-Akaun yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Platform ini akan membantu para pencarum bagi melakukan semakan dengan lebih mudah tanpa perlu datang ke pejabat KWSP.
Join Telegram Rasmi: http://t.me/pakejbantuankerajaan
Pada artikel kali ini, Mingguan Kerja akan kongsikan info lengkap berkaitan i-Akaun KWSP merangkumi syarat kelayakan, cara pendaftaran, serta pihak yang perlu dihubungi berkaitan i-Akaun KWSP ini.
PENDAFTARAN I-AKAUN KWSP SECARA ONLINE
Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.
- Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
- Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR I-AKAUN KWSP
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut :
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut :
- Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
- Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
- Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
- Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
PERTANYAAN LANJUT?