loading...

Bantuan Kewangan RM8,000 Tanpa Perlu Permohonan Untuk Penerima BKM 2022

Tahukah anda? sekiranya anda sudah layak untuk jadi penerima BKM 2022, anda layak untuk mendapatkan bantuan MySalam Secara Automatik di bawah Skim MySalam dengan bantuan bayaran sehingga RM8,000?

Tahukah anda? sekiranya anda sudah layak untuk jadi penerima BKM 2022, anda layak untuk mendapatkan bantuan MySalam Secara Automatik di bawah Skim MySalam dengan bantuan bayaran sehingga RM8,000?

Kami kongsikan maklumatnya kepada anda.


Penerima BKM Layak Terima RM8,000

Penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti berikut: 

• Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan

 • Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera 


Apa itu mySalam?

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Manfaat Skim MySalam

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Mengapa Kerajaan Sediakan MySalam?

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Kenyataan Rasmi Bantuan RM8,000 Untuk Penerima BKM 2022


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada info@mysalam.com.my serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Previous
Next Post »
loading...