loading...

Janji KWSP Tidak Ditepati, Warganet Usul Tidak Undi UMNO Pilihan Raya Akan Datang



Isu pengeluaran KWSP RM10,000 secara one-off semakin hangat mutakhir ini. Terdapat petisyen atas talian yang dilancarkan secara organik oleh rakyat Malaysia dalam mengumpul kekuatan suara demi menuntut hak pencarum KWSP.

PROTES DI MEDIA SOSIAL

Tidak kurang dari itu, media sosial pula hangat dengan keluh kesah rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran hidup pasca pandemik yang melanda negara. Sudah tentunya fasa yang sukar bukan sekadar ketika pandemik, tetapi juga fasa peralihan pandemik kepada endemik.

Ramai rakyat Malaysia yang ingin memulakan hidup baru selepas berhempas pulas sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang mengalami kerugian dalam perniagaan, tidak kurang juga terapat golongan yang terpaksa menjual harta benda demi meneruskan kehidupan.

JANJI UMNO BERKAITAN PENGELUARAN KWSP RM10,000 SECARA ONE-OFF

Terbaru, Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan. Ini bermakna Pilihan Raya Negeri (PRN) pula perlu diadakan bila bila masa dari sekarang. Rakyat sekali lagi terpaksa untuk memilih pemimpin baharu.

Meninjau 'news feed' di media sosial, isu pengeluaran RM10,000 KWSP secara one off semakin luas diutarakan. Rakyat Malaysia membidas parti UMNO yang telah berjanji untuk memudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa syarat.

Usul tersebut telah dikeluarkan oleh UMNO melalui kenyataan media presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Disember 2020.



RAKYAT TIDAK UNDI UMNI PILIHAN RAYA AKAN DATANG?

Terdapat warga yang membuka usul untuk tidak memberi undi pada parti UMNO pada Pilihan Raya akan datang ekoran tuntutan pengeluaran KWSP RM10,000 yang masih menemui jalan buntu.



Kini, Perdana Menteri baharu telah dilantik daripada UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Namun, pengumuman pengeluaran KWSP RM10,000 one-off masih tidak lagi kedengaran. Bahkan, terdapat ura ura bahawa pengeluaran ini tidak akan dilakukan merujuk kepada kenyataan terbaru Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.



Persoalannya, adakah ini hanyalah modal politik untuk meraih undi rakyat? Sebelum menerima kuasa mereka menekan keras untuk pengeluaran RM10,000 KWSP secara one-off ini, namun sebaliknya selepas mereka berkuasa.


RAKYAT TERUS DERITA

Pada akhirnya, rakyat juga yang terpaksa menanggung kesengsaraan dan penderitaan kewangan. Orang orang politik akan kekal begitu.

Ulasan ini dihantar oleh pembaca mingguan kerja melalui email.
Previous
Next Post »
loading...