Bagi golongan ibu bapa/ penjaga yang ingin mendaftarkan anak untuk memulakan sekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran serta permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara atas talian/ online.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my/.
Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Dokumen Yang Diperlukan
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti: SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Tarikh Permohonan
- Tarikh Mula : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 30 April 2022
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024
Cara pendaftaran adalah seperti berikut:- Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.