loading...

Permohonan BKM Ditolak? Ini Maklumat Penting Cara Kemaskini Permohonan BKM 2022 Yang Wajib Anda Tahu

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Kami kongsikan kepada anda maklumat penting BKM 2022 yang wajib anda tahu

Penerima BKM 2022

ISI RUMAH 

• Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau 

• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak

WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN 

• Bujang; atau • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta 

• Had umur 60 tahun dan ke atas

BUJANG

 • Bujang; atau • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta 

• Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau 

• Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas


Maklumat Penting

PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMAS KINI 

• Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemas kini permohonan

PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU 

• Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta 

• Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau 

• Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tanggungan menepati syarat


Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

PEMOHON

 • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau 

• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau 

• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau 

• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah


PASANGAN 

• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau 

• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama

ANAK 

• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau

 • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN


Kaedah Penghantaran Dokumen Sokongan

Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi BKM semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau 

• Hadir ke Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM


Pemakluman Keputusan Permohonan BKM 2022

SEMAKAN SECARA DALAM TALIAN

 https://bkm.hasil.gov.my

Maklumat Lanjut

  • Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • E-mel bkm@treasury.gov.my
  • Alamat Kementerian Kewangan Sekretariat BKM Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya 



Previous
Next Post »
loading...