loading...

Ini Nasihat Penting KWSP Tentang Pengeluaran RM10,000 Untuk Rakyat Malaysia! Anda Wajib Tahu!


Berita baik bagi rakyat Malaysia, memandangkan KWSP RM10,000 sudah diluluskan dan  akan dibayar dalam masa terdekat anda perlu mempunyai i-akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran. KWSP ada memberi nasihat agar para pemohon mempunyai i-akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran.

Justeru itu kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP RM10,000 anda!


3 Langkah Mudah Mendaftar i-Akaun (Ahli)

Langkah 1

  • Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-Akaun (ahli)

Langkah 2

  • Layari www.kwsp.gov.my
  • Pilih 'Log Masuk & klik i-Akaun (Ahli)

Langkah 3

  • Seterusnya, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna & Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan i-Akaun
  • Selepas anda bersetuju, anda perlu  cipta ID Pengguna dan kata laluan. Pilih imej Online serta isi frasa rahsia anda
  • Seterusnya, setelah berjaya, masuk semula menggunakan ID pengguna dan Kata Laluan yang telah dicipta.
  • Akhir sekali, pengesahan untuk nombor telefon TAC hendaklah dilakukan sebaik sahaja anda log masuk.



Pengeluaran Terakhir KWSP

Sewaktu negara sedang dalam proses untuk membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.



“KWSP  sekali lagi risau berkenaan kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara,” menurut kenyataan itu.


Maklumat Kaedah Permohonan Pengeluaran Dalam Masa Terdekat


KWSP turut menjelaskan maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran serta mekanisme pembayaran akan dibuat dengan kadar segera.

Tahukah anda pengeluaran KWSP RM10,000 merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021 berikutan kemerosotan ekonomi akibat COVID-19.

Tahukah anda? Sehingga akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan menerusi tiga pengeluaran KWSP ini.

Previous
Next Post »
loading...