loading...

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran



Seperti yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk semua ahlinya.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai rata rata berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas tersebut adalah langkah tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan ekoran pandemik yang melanda negara.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini serta mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran RM10,000 KWSP:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)



Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online. Sila rujuk: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Sila ikuti maklumat lanjut oleh KWSP tentang info selanjutnya tidak lama lagi.

Baca juga:

Pengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan – PM Ismail Sabri
Pengeluaran KWSP RM10,000 Diluluskan Tapi Bersyarat?
Previous
Next Post »
loading...