loading...

RM10,000 Pengeluaran Khas Terakhir KWSP? Ini Sebab Utamanya!

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapat bahawa pengeluaran khas RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu merupakan yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapat bahawa pengeluaran khas RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu merupakan yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini sekali lagi menyuarakan kebimbangan berhubung tahap simpanan hari tua pencarum.

Pengeluaran Terakhir KWSP 

“Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.

“KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara,” menurut kenyataan itu.

Maklumat Kaedah Permohonan Pengeluaran Dalam Masa Terdekat


KWSP turut memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran serta mekanisme pembayaran akan dibuat dengan kadar segera.

Ia merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021 berikutan kemerosotan ekonomi akibat COVID-19.


Sehingga akhir 2021, sebanyak RM101 bilion dikeluarkan menerusi tiga pengeluaran tersebut.

6.1 Juta Pencarum Mempunyai Simpanan RM10,000 Ke Bawah Selepas Persaraaan


Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa 6.1 juta pencarum berusia kurang 55 tahun mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah selepas persaraan.

Manakala 2.6 juta pencarum mempunyai simpanan RM1,000 ke bawah setakat Disember 2021.

Sumber: astroawani
Previous
Next Post »
loading...