loading...

Ini Tanda Pengeluaran RM10,000 KWSP Anda Diluluskan!

Berita baik bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada akaun KWSP anda, tahukah anda boleh untuk membuat pengeluaran khas permohonan KWSP RM10,000 melalui portal khas seperti yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.


Berita baik bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada akaun KWSP anda, tahukah anda boleh untuk membuat pengeluaran khas permohonan KWSP RM10,000 melalui portal khas seperti yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kami kongsikan kepada anda cara permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 bermula esok 1 April.


Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG.

2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan

4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)

A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN

B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.

5. Tekan TERUSKAN

6. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.

7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.


Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.

Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.

Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000

Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.

Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.


Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.


Tarikh Semakan Status Lulus Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000

Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.
Previous
Next Post »
loading...