KATEGORI PENERIMA BKM FASA 1 & JUMLAH BAYARAN
Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut:
Kategori Isi Rumah
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM1,000
- 1 – 2 anak: RM1,500
- Anak melebihi 3: RM2,000
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- Tiada anak: RM400
- 1 – 2 anak: RM600
- Anak melebihi 3: RM800
Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM600
Kategori Bujang
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Tiada anak: RM350
PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai:- 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022
“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya.
Untuk rekod, BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
Sumber: Astro Awani