Institut Pendidikan Guru atau singkatannya IPG merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diselia dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Jika sebelum ini, IPG lebih dikenali sebagai maktab perguruan. Namun, selepas beberapa penambahbaikan dilakukan serta dinaiktaraf, maktab perguruan telahpun bertukar status daripada maktab kepada institut.
Program pengajian utama yang ditawarkan di institusi ini adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Namun, sebelum pelajar mengikuti Program PISMP, pelajar perlu menyelesaikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlebih dahulu.
Pelajar yang berjaya menyelesaikan program PISMP dan PPISMP bakal menerima Ijazah Sarjana Muda ataupun lebih dikenali sebagai degree. Untuk makluman anda, program PISMP ini hanya ditawarkan bagi pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) sahaja.
Jadi, bagi anda yang merupakan lepasan SPM dan berminat untuk masuk ke mana mana cawangan IPG, di bawah kami kongsikan syarat-syarat Kelayakan Untuk Kemasukan Ke IPG yang perlu anda tahu dalam artikel ini. Anda perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan ini.
Permohonan PISMP Tahun 2022
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia dengan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Ia adalah tawaran serta peluang yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Permohonan akan dibuka bermula 15 Mac 2022 ini sehingga 15 April 2022.
Tapi sebelum itu, jom ambil tahu lebih lanjut tentang Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta syarat kelayakan dan cara permohonannya.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program ini bertujuan bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah sekolah rendah.
Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) untuk tempoh dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
Tarikh Permohonan PISMP 2022
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 15 MAC 2022
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2022 (11:59 MALAM)
Cara Permohonan
Permohonan hanya dapat dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2022.
Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2022
Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:
e-UKCG
- e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
- Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
TEMU DUGA
- Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
- Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
- Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
- Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.
UKF
- Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
- Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
- Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
- Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
- Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.
PEMILIHAN
- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
- Semua keputusan adalah muktamad.
PENAWARAN
- Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
- Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
Tarikh-tarikh Penting
Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
BIL | AKTIVITI | TARIKH |
1 | Permohonan | 15 Mac – 15 April 2022 |
2 | Pelaksanaan e-UKCG | 20 – 29 April 2022 |
3 | Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP | 20 – 22 Jun 2022 |
4 | Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) (Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP) |
28 Jun – 3 Julai 2022 |
5 | Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF) | 3 Julai 2022 |
6 | Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) | 3 – 8 Julai 2022 |
7 | Keputusan tawaran Pengajian ke IPG | 16 Julai 2022 |
8 | Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus | 7 – 8 Ogos 2022 |
- Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.
Calon Yang Tidak Layak Memohon
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:
ATAU ajukan pertanyaan anda melalui:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
Emel : | jpp@ipgm.edu.my |
Sumber: Ecentral