Perkara ini sekali lagi menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya kepada jutaan ahli yang memohon dalam program Pengeluaran Khas kali ini. Kebanyakan ahli keliru samada status 'Permohonan Diterima' bermaksud lulus atau perlu menunggu lagi pada masa akan datang untuk keputusan sebenar.
Kritikan yang membina wajar diberikan terhadap pihak KWSP. Pihak pengurusan Pengeluaran Khas kali ini sewajarnya memudahkan ahli dalam menyalurkan informasi yang pantas dan mudah difahami, bukannya mengelirukan ahli tanpa sebarang pemberitahuan. Pada pautan FAQ (Frequently Asked Question) juga tidak dinyatakan berkenaan kenapa semakan status perlu dibuat dari semasa ke semasa.
Pada bulan yang mulia ini, mari sama sama kita doakan semoga pihak pengurusan Pengeluaran Khas sentiasa dipermudahkan urusan dalam usaha membantu proses kelancaran pengeluaran khas ahli.
Semalam kami di mingguankerja telah berkongsi dua perspektif am terhadap semakan status Pengeluaran Khas. Sekiranya pihak KWSP menggunakan ayat semakan status boleh dibuat dari semasa ke semasa, ini menjustifikasikan bahawa akan wujud perubahan pada hasil semakan status pada masa masa akan datang.
Ini juga memaknakan bahawa perspektif yang kami berikan semalam adalah terpakai.
Pertama) Paparan 'Permohonan Diterima' tersebut membawa maksud bahawa permohonan anda berjaya dan proses pengkreditan amaun yang dipohon akan dilaksanakan pada 20 April 2022.
Kedua) Paparan 'Permohonan Diterima' tersebut tidaklah membawa maksud permohonan anda berjaya, tetapi sekadar status yang melengkapkan bahawasanya data serta amaun pengeluaran yang anda berikan diterima oleh sistem dan akan diproses untuk kelulusan.
Ini juga memaknakan bahawa perspektif yang kami berikan semalam adalah terpakai.
Maksud Permohonan Diterima (Pengeluaran Khas)
Terdapat beberapa perspektif dalam semakan status kali ini,Pertama) Paparan 'Permohonan Diterima' tersebut membawa maksud bahawa permohonan anda berjaya dan proses pengkreditan amaun yang dipohon akan dilaksanakan pada 20 April 2022.
Kedua) Paparan 'Permohonan Diterima' tersebut tidaklah membawa maksud permohonan anda berjaya, tetapi sekadar status yang melengkapkan bahawasanya data serta amaun pengeluaran yang anda berikan diterima oleh sistem dan akan diproses untuk kelulusan.
Status lulus/ tidak permohonan Pengeluaran Khas boleh disemak pada masa akan datang (selaras dengan penggunaan ayat dari semasa ke semasa oleh pihak KWSP).
Berikut adalah dua perspektif yang dapat disimpulkan daripada paparan semakan status kali ini. Sepatutnya, KWSP memaklumkan lebih awal kepada ahli agar tidak keliru berkenaan semakan status tersebut kerana perkara ini sangat penting dan ramai ahli menantikan keputusan sejak permohonan dibuka.
Sekali lagi, mari sama sama kita doakan semoga pihak pengurusan Pengeluaran Khas sentiasa dipermudahkan urusan dalam usaha membantu proses kelancaran pengeluaran khas ahli.

Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10 malam. Melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.
KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.
Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohona dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di mingguankerja akan berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.
Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://ift.tt/sxYVqtk untuk dapatkan lokasinya. -SNS