loading...

Cara Semak Status LULUS & TARIKH Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ramai yang berkongsi kegembiraan di laman sosial media masing-masing kerana status lulus bagi Pengeluaran  Khas KWSP RM10,000. Ada juga yang masih keliru bagaimana cara untuk semak status lulus pengeluaran Khas KWSP RM10,000?

Kami kongsikan kepada anda cara muda untuk semak status lulus & tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000.


Tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Walaupun KWSP sudah mengeluarkan tarikh bahawa 20 hb ni merupakan tarikh pembayaran KWSP, namun melalui status semakan lulus di laman web rasmi Pengeluaran Khas, ada juga pencarum yang akan mula terima bayaran bermula 21 hb April ini. 






Justeru, kami galakkan untuk anda sendiri semak status lulus dan tarikh pengeluaran Khas KWSP seperti cara di bawah ini.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik ‘Teruskan’ 
  3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  5. Isi No Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan
  9. Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  10. Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  11. Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  12. Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  13. Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
  14. Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  15. Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan


KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://ift.tt/JNfSulw untuk dapatkan lokasinya. -SNS

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.
Previous
Next Post »
loading...