loading...

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Tahun 2022

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.


Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Siapakah yang layak memohon?

Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan

Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.

Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG.

2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan

4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)

A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN

B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.

5. Tekan TERUSKAN

6. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.

7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.

Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).


Previous
Next Post »
loading...